31 July 2009

Lempuk Durian


~ dah lama tak buat n3 pasal makanan...so kali ni kita tenguk n3 mengenai Lempuk/Dodol Durian....kat atas tu cuma sebahagian kecik isi durian yang belum diasingkan isi dari bijiknya.....lupa nak bilang berapa bijik durian semuanya...

~ ini ialah salah satu cara orang dulu2 cipta untuk 'preserve' isi durian yang melambak-lambak yang tak habis dimakan...kalau orang ada dusun la tu...tapi ni durian beli sebab kami tak de dusun ....selain dari dibuat tempoyak...

~ pelbagai cara digunakan untuk buat lempuk ini...ada ditambah gula...gula melaka...santan la...tepung la dll...ada yang dimasak bersama biji2nya, kemudian isi dan biji akan terasing dengan sendiri...cara ni, lempuk akan berwarna gelap...

~ ni versi ikut citarasa orang yang membuatnya...tanpa campur apa2 bahan lain...semuanya isi durian sahaja....dikacau atas api yang paling perlahan...sehingga betul2 kering....~ ni isi durian yang telah dikacau +- 3o minit...satu rumah bau durian uuu....


~ sudah berubah warna....kacau tak boleh berhenti, nanti hangus...

~ ini setelah disejukkan....warna tak sekata sebab ada gak hangus...~ ini telah diisi kedalam plastik seberat +-250gm setiap satu...macam nak jual la pulak...senang nak pas kat 3 anak yang tinggal berjauhan...senang untuk makan...tak perlu usik yang lain..

~ memang sakit habis satu badan mengacau lempuk ni...makan sekejap je dah habis...

~ eeemmmm....memang enak sekali...manis buah yang asli...

~ jemput rasa lempuk durian asli....

19 July 2009

Sewing Caddy

~ entah nama apa patut dipanggil kotak ni...tapi cam sesuai untuk letak alatan menjahit, so akak namakan 'SEWING CADDY' je la....

sepatutnya di bahagian depan dia ada daun pintu...
~ oleh kerana ia terlalu berat utk diangkat kesana-kemari...4 roda dipasangkan, so boleh main tolak2 je....
~ cukup mencabar kesabaran kerana sikit punya susah nak cover cat asal merah tu...1st time guna cat pakai berus...sebab kotak ni agak besar...bukan luar je nak diputihkan...bhg dalam dia yg berpetak-petak....banyak lapis pulak tu baru leh cover...

next time bila rajin balik-boleh la alaskan bhg dalam dia dengan kain ke, kertas ke....
boleh disolek2 lagi...buat stripe ke...tambah bunga ke...wording ke...tapi dek kerana lama nak siapkan dia...dah hilang semangat nak solek dia....

~ inilah rupa asal kotak kayu ni...cuma dicat dgn 'base coat' warna merah...

18 July 2009

Award dari inna


~ masuk je blog tgh ari ni...terus p singgah umah inna...baca n3 dia pasal award kat atas ni....sampai kat bawah n3 tu, namapak la nama kita sbg salah sorang penerima award ini...terima kasih banyak inna kerana sudi bagi award ni kat akak...

memang cantik award ni dengan gadis bermata besar...macam trend kartun zaman ni~comel2 dgn mata besarnya....


Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
memang perempuan pun ..hehe..

2. Copy badge sebagai award anda
sudah..

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

Kak Ani pun fikir elok je copy terus dari Inna yang juga telah copy terus dari Razna sebab ini memang fakta...sekurang2nya akak boleh selalu mengingatkan diri sendiri selain dari tolong menyampaikan kepada yang lain...insyaallah....alhamdulillah !

119 Keistimewaan Wanita

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda...

nurul

hanim

liza

kakintan

umi_e

12 July 2009

Make-over Tong Drum


~ N3 hari minggu ni - make-over tong drum !
dulu akak dah pernah buat N3 pasal make-over tong drum....ni tong drum lain, so corak dia pun lain la...in pink...dulu in cream...ada lagi satu yang belum siap - in green shade....
~ setelah "dimake-upkan"...in PINK shade....

~inilah rupa asal tong drum...dibuat dari kadboard tebal...asalnya bekas isi 'hazelnut white coffee'....yang paling menarik ialah bau harum bekas ni...bekas yang dah lama dimakeover tu, masih berbau wangi...
~ setelah diberi " base foundation ".....
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
~ ni pulak dah pernah jadi N3 pada 17 Okt 2008 ..... bekas ni jadi tempat isi segala payung, tongkat, pembaris panjang untuk menjahit...

HAPPY VIEWING LADIES !

10 July 2009

Award

~ now dah pukul 12.24am 11 Julai....lagi satu award akak p ambik kat rumah sorang lagi adik...liza dari serimayalara ......cantik awardnya...ni liza create sendiri tau, cantikkan....ok,ni nak cite sikit macam mana kenal liza...akak mula kenal liza kat wmc...dari sana kami 'luaskan' lagi 'ruang persahabatan' dengan mencipta 'rumah masing2'...dari sini kita dapat lebih mengenali personaliti masing2....semuga ruang itu akan bertambah luas dan berkekalan...terima kasih liza kerana sudi memberi 'ruang' itu kat akak....

~ ni dah pukul 12.17am 11 Julai...masuk jenguk rumah kejap...ada pulak yg shout suh ambik award kat rumah dia orang...so inilah dia award yang diambik dari rumah dik nurul ....terima kasih tak terhingga atas ingatan dik nurul....comel je award tu, secomel tuan yang memberinya...akak mula kenal nurul melalui alam blogger inilah...walau kita baru je kenal tapi dah mesra...semuga akan berkekalan....

~ 2 award ni diberi oleh yati dari http://homemakers-puteri.blogspot.com/ ...kawan blogger yang baru dikenali...selamat berkenalan yati ! Yati lebih meminati seni cross stitch...Terima kasih untuk award ini....

~ maaf banyak2 kerana akak tak dapat memenuhi tugasan yang diberi...

Syarat-syaratnya:

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award...


dapat lagi award tulip dari gee dari teratakcomel ....terima kasih ya gee....
oleh kerana akak dah pernah buat N3 untuk award yang sama sebelum ni....rasanya tak perlu buat lagi sekali-nanti jemu orang membacanya....okey gee ?

08 July 2009

"Re Make-over"

~ N3 tengah malam ni...pasal make-over...bukan sekali,bahkan 2 kali make-over keatas barang yang sama...

tile/mozaic gambar kat atas tu sebenarnya pernah dibuat N3 lama dulu bawah label 'make-over'...frame yang asal warna silver ditukar jadi PINK....

~ ni pulak hiasan dinding asalnya color GOLD sekeliling dia...dolu2 suka color ni-nampak mewah gituuu...la ni dah jemu...kita tukar la ya...
~ haaa....yang ni dah dimake-over jadi putih-cream....frame yang pink tu pun dah jadi shabby2 white-pink...tak mau jadi betul2 putih...

~ inilah hasil....OFF WHITE / CREAM...
~ dah jadi SHABBY-PINK ...

Award dari wanie...
















~ sekali lagi dapat tag/award dari dik wanie...tq sis...

memang cute habis award ni.....dah tak tahu nak tulis apa lagi ya....semua orang kenal wanie kan....

07 July 2009

Yuna



























~ kat memory lane tu selalu sangat jumpa org bawak kamera besar2 tu...entah dari stesen tv mana tak tahu la....untuk rancangan apa-pun tak tahu...

~ baru-baru ni terserempak dengan minah ni...mula tu tak perasan sangat siapa gerangannya...jalan2, jumpa lagi...baru perasan...penyanyi indie baru tu ~ Yuna....

Award Kak Intan










Hari ni dapat award/tag dari kak intan ....terima kasih banyak-banyak kak intan...

mula kenal kak intan melalui alam blogger...maybe kami sebaya..nak tanya segan, takut terasa hati....kak intan ni suka masak so blog dia pun penuh dengan pelbagai resepi...nanti senang la boleh refer kat rumah kak intan kalau nak masak masakan yang belum pernah cuba....

semoga tali persahabatan yang terjalin akan kekal berterusan walau kita tak pernah bersua muka....!!!

06 July 2009

Coke Signage





























~ apa orang panggil benda ni ya ? yang menarik minat masa beli benda ni sebab ada perkataan melayu ' MAKAN '....
ni kalau masukkan dalam frame lagi cantik....saja je biarkan gitu sebab kalau dah masuk frame jadi berat & susah nak hang kat dapur tu sebab semua dinding dapur dah dipasang tile dari lantai sampai ke atas...siang2 dah kena warning " jangan nak mandai2 paku dinding tu !"

03 July 2009

Award lagiiii

































~ happynya dapat award lagi....ari ni dapat award dari welly ...bukan satu tapi 2 sekali dibagi...ambik koo....

~ mula kenal welly melalui alam blogger ni la...ari2 dok kuar-masuk blog...ari2 bertambah kawan blogger ni... seronok !!! pernah beberapa kali bersembang dengan welly...sikit punya peramah orangnya, macam sembang berdepan gituuu....siap diajak ke kampung halamannya nun di seberang.... jangan ajak welly-nanti akak betul2 mau ikut kamu balik sana seh.....

akak cukup kagum setiap kali masuk blog welly... cantik hiasan rumahnya... dan dia bukannya calang2 orang...rumahnya pernah terpilih masuk tv you....

jutaan terima kasih welly diatas salam persahabatan yang dihulurkan...semuga ia kekal berpanjangan ....

02 July 2009

Bakul Stainless Steel





















































~ N3 kedua ari ni, nak sambung kisah make-over N3 semalam...3 tier semalam tu beli bersama bakul besi ni...macam stainless gitu...asalnya nak 3 tier tu je tapi owner ni suh ambik dua-dua sekali...nak tak nak,ambik je la...



























~ setelah diputih-gebukan dia....














~ ini lah rupa asal bakul tu...yang belah kiri tu pun turut diputihkan tapi belum make-up..

Award/tag dari wanie












~ ari ni dapat tag lagi....dari adik
wanie yang kiut-miut tuuu....tq ya wanie

1. NAMA TIMANGAN ANDA....
~ tak de nama timangan...zaman dok asrama dulu ada la...keluarga cuma panggil Ni...kawan2 panggil Ani...anak2buah panggil Acik/CikNi...cucu sedara panggil Tokcik...tua daaa....dah dpt title TOK pun...

2. ANDA SEORANG YANG...
~ sensitif...mudah mengalah jika perlu...

3. INSAN YANG TERISTIMEWA...
~ ibu, anak2, suami, keluarga, kawan2...

4. LAGU KESUKAAN...
~ berentak balada, slow rock, indie...

5. MAKANAN KESUKAAN ANDA....
~ suka semua yang kena dengan tekak...biasanya susah nak kena selera terutama yang boleh masak sendiri...

6. SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS.....
~ depan cakap lain-belakang cakap lain...talam bermuka-muka...suka menunjuk-nunjuk...cakap besar....

7. WARNA KEGEMERAN ANDA.....
~ now suka putih, pink, ijau...dolu2 suka warna earth tone....

8. BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG...
~ IC...lesen...duit...ubat migrain...

9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS....
~ ahad lepas...masa tinggalkan anak kat U...

10. TAG UTK 6 RAKAN ANDA.....
~ alahai....nak bagi kat sapa ek...

~ welly...
~ eskay...
~ inna...
~ liza...
~ cikgu azah....
~ ita...
~ nurul...

~> jemput ambik ya tag ni adik2 semua....

01 July 2009

" Hina besi kerana karat....."



~ Salam tengahari semua...rasanya lama dah tak update blog ni...anak pinjam broadband so akak pun tak boleh la online...

~ ok, jom akak nak share pasal make-over barang lama...dah berkarat sakan..."hina besi kerana karat..." ada sambungan lagi tapi tak berkaitan dengan N3 ni so kita abaikan ya...

tray berangkai 3 ni memang sangat biasa kita lihat...cuma bila akak terpandang benda ni, datang cabaran untuk cuba make-over benda yang dah berkarat sakan ni...

inilah hasilnya selepas disental dgn pelbagai 'sand paper'....pas tu 'didecoupagekan'...