31 August 2009

MERDEKA !!!


























Inilah Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Tema Hari Kemerdekaan Ke 52 :-
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

30 August 2009

Ramadhan Al-Mubarrak
























~ sekarang dah pukul 6.40 pm 21 Ogos 2009...sebentar lagi kita semua umat islam akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1430...

~ semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa sebaik mungkin kerana inilah bulan di mana pahala kebajikan yang kita jalankan adalah berlipat kali ganda daripada biasa....oleh itu sama-samalah kita rebutlah peluang keemasan ini...

~ SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI ~


DOA MENYAMBUT RAMADHAN


Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani)


MOHON MAAF !

" Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat..."


Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf dari sesiapa sahaja jika saya telah menyinggung hati dan perasaan samada secara sedar atau secara tak sedar...semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk,
diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
Insyaallah.


28 August 2009

Mini Set
































































~ jom share barang make-over lagi...ni adalah mini set...dah lama jatuh cinta tenguk kat dalam web minah salih set macam ni... so cuba cari & make-over ...sebab tak pandai wat decorative painting,tampal decal je la...nasib baik ada decal yang size kecik yang ngam2 je dengan cawan comel ni...

















~ close-up dulang yang berubah wajah lain dari yang dikehendaki...
asalnya dulang ni dari tembaga...saja tak spray dgn cat tapi diwarnakan dgn acrylic untuk nampak shabby...memang nampak ok sangat sebelum divanish...lepas varnih, timbul perubahan ni...ada warna keburu-biruan la pulak...rasanya tindakbalas kimia dalam varnish dengan tembaga tu...so berubah wajah la dia...
~dah malas nak make-over lagi sekali...next time tak tau la kan...
~ sebelum ni dah pernah buat n3 pasal rupa asal dulang ni...
































~ inilah rupa asalnya...teko dan cawan tu dapat dari tempat berasingan...dulang pun dapat berasingan...pendek kata semuanya dijumpai terpinggir antara satu sama lain...kumpulkan di satu rumah jadi satu family...
































~ ini rupa asal dulang tembaga tu....

26 August 2009

Kad Sambut Ramadhan
















~ sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini...welly bagi kad ni...
terima kasih banyak welly...semuga kita sama-sama mendapat hidayah dari Nya....
" Selamat Berpuasa buat welly sekeluarga...."

12 August 2009

Minor Make-over

~ akak nak share minor make-over kat set kerusi ... kat atas tu gambar asal... dulu dah pernah wat n3 pasal set kerusi ni..
.masa tenguk kat kedai...rasanya macam tak de lining gold color tu... alih2 2 hari lepas tu bila mereka hantar...ai, bila masa pulak ada gold lining ni ??? malas nak kepoh2... terima je le...

~ sebab dah memang tak puas ati...so kita puaskan hati dengan cara kita...

~ ni gambar BEFORE ....

~ ni pulak gambar AFTER ...

06 August 2009

SEJARAH AYAT KURSI

N3 hari ni...satu email yang diterima dari seorang hamba Allah... apa yang dihantar merupakan satu cebis ilmu yang patut dikongsi bersama...renung2kanlah...

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w.. dengan segera memerintahkan Zaid bin sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapamengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya....

Dari Abdullah bin ' Amrr.a... , Rasullullah s.a.w. bersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."