Showing posts with label Wishing. Show all posts
Showing posts with label Wishing. Show all posts

01 August 2011

Ramadhan Al Mubarak


Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.....

Ampun dan maaf akak pinta dari semua yang pernah menjejak kaki ke blog akak ni jika ada yang terasa hati atas apa jua yang dipaparkan di blog ini.....samada secara sengaja atau tidak sengaja....

semuga amalan kita semua akan lebih diberkati di bulan yang mulia ini....

amin !


02 February 2011

Gong Xi Fa Cai















Gong Xi Fa Cai ..... untuk semua rakan-rakan berbangsa china !




08 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri !















SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM....


AMPUN & MAAF KAK ANI PINTA DARI SEMUA SEMUA YANG MENGENALI AKAK...SEANDAINYA SELAMA KITA BERKENALAN, AKAK ADA TERKASAR BAHASA SEHINGGA TERSENTUH PERASAAN....



11 August 2010

Selamat Berpuasa !











Selamat berpuasa kepada semua umat islam walau di mana jua anda berada....

ampun dan maaf akak pinta dari semua yang mengenali akak ....

semuga kita semua akan beroleh keberkatan daripada ALLAH swt....




09 May 2010

Selamat Hari Ibu







































Selamat Menyambut Hari Ibu Buat Semua Yang Bergelar


IBU...UMMI...MAMA...MUMMY...MAK...MUM...MOTHER...


















kad dari zah @ azahahmad.blogspot.com/


























kad dari inna @ saljuseripagi.blogspot.com/


~ terima kasih buat kedua teman ....

~ juga terima kasih buat teman yang menghantar ucapan melalui sms ....




26 February 2010

Selamat Menyambut Maulidul Rasul 1431 Hijrah













Selamat menyambut hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.....



13 February 2010

Happy Valentines Day !




















































~ 14 Feb...sekadar N3 sahaja...kerana dalam kamus hidup akak, hari ini datang dan berlalu seperti hari2 lain juga....



Gong Xi Fa Cai

































Gong Xi Fa Cai untuk semua kaum china yang merayakannya.....14/2/10...tahun ni tahun rimau...

31 December 2009

Happy New Year 2010

















12 Months happiness,

52 weeks fun,
365 Days laughter,
8760 hours good luck,
525600 Minutes joy,
31536000 seconds success,
So wishing u all a “Happy New Year”.



25 December 2009

MERRY CHRISTMAS !


























~ 25 Disember 2009 ~ selamat menyambut Hari Natal buat semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian....

17 December 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah !





















~ Hari Awal Muharram
atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah ~

Semuga kita semua dapat melakukan "penghijrahan" yang mampu mempertingkatkan lagi martabat kita di sisi Allah swt...

dan semuga kita akan cuba merealisasikan penghijrahan itu sebaik mungkin ...

amin....

27 November 2009

Aidil Adha
























~ hari ini 27.11.2009 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 ...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua umat islam di mana jua anda berada...

31 August 2009

MERDEKA !!!


























Inilah Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Tema Hari Kemerdekaan Ke 52 :-
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

30 August 2009

Ramadhan Al-Mubarrak
























~ sekarang dah pukul 6.40 pm 21 Ogos 2009...sebentar lagi kita semua umat islam akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1430...

~ semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa sebaik mungkin kerana inilah bulan di mana pahala kebajikan yang kita jalankan adalah berlipat kali ganda daripada biasa....oleh itu sama-samalah kita rebutlah peluang keemasan ini...

~ SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI ~


DOA MENYAMBUT RAMADHAN


Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani)


MOHON MAAF !

" Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat..."


Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf dari sesiapa sahaja jika saya telah menyinggung hati dan perasaan samada secara sedar atau secara tak sedar...semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk,
diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
Insyaallah.


09 May 2009

Happy Mothers Day ~ 10 May 09'











































~ Happy Mothers Day untuk semua yang bergelar UMMI, IBU, MAMA, MAK....apa jua panggilan tidak penting....semuga semua ibu2 dapat mendekati title " IBU MITHALI"...semuga semua ibu mendapat anak2 yang soleh & solehah....apa lagi ek ?

08 February 2009

Thaipusam
















































~ Hari ni penganut agama Hindu menyambut/meraikan perayaan keagamaanThaipusam...
kebetulan ari ni keluar ke pasar karat, so dapat la lihat a few 'kavadies' along the road....

Gambar tak berapa sharp sebab snap dari dalam kete...ni je yg sempat snap...