Showing posts with label Pelita. Show all posts
Showing posts with label Pelita. Show all posts

18 April 2010

Pelita Kaca Lama



































































































Salam ahad semua..... n3 kali ni ~ pelita lama koleksi terbaru akak .... sebenarnya ada juga pelita yang akak tak buat n3 .... ia la pelita yang sama dengan kawan2 yang lain, so malas la nak ulang-tayang .... now ni akak dah kurang membeli pelita ni, kalau lebih kurang sama je designnya, akak tak beli la, kalau yang menarik sangat pun tapi regenya tinggi, akak tak beli jugak walau hati teringin.... dan yang berwarna-warni, biru,hijau,merah - akak kurang minat....

pelita ni memang pelita lama....tempat sumbu dia memang dah berkarat .... sumbunya maybe dah ditukar baru-siap ada jenaka 'butterfly' kalau tak silap la.... sekali pandang macam tak balance jer bentuknya ~ ia la, nampak macam bahagian minyak dia tu kecik dari bahagian chimneynya - macam berat bahagian atas..... bila dah pegang & angkat baru tau rupanya kaca bekas minyak tu sangat tebal dan berat....chimneynya pun berat.... agak tinggi jugak ~ dalam 17" gitu.... dan yang paling PENTING adalah harganya yang sangat berpatutan !!!



10 March 2010

Aladdin Black Beauty















salam petang rabu.... kali ni akak nak memperkenalkan " ALADDIN BLACK BEAUTY " mandai sendiri bagi nama ....

kali pertama pandang terus jatuh hati.... jatuh cinta pandang pertama !!!....

tingginya +- 8"....lebar piringnya 5"... ok sangat tu... dah cukup cun ... agak berat juga, kiranya dia memang stabil ... harganya cukup mampu-milik ...




29 January 2010

Pelita Decoupage





















~ n3 kali ni saja akak nak share pelita yang telah diubah-suai rupanya...
pelita ni dah lama cikgu azah tolong belikan...sebelum beliau bukak kedai online lagi...terima kasih banyak zah kerana susah payah untuk kita...yang asal warna merah, satu akak dah putihkan, satu dah greenkan dia....suke sgt tgk warna pastel ni...























~ pelita chimney tinggi ni pun dah lama kawan tolong belikan...demi memenuhi permintaannya agar akak wat n3...maka kini baru berkesempatan...akak cuma buat simple decoupage...hanya untuk cover gambar nyonya yang kembar 4 tu...
terima kasih banyak2 jai kerana sudi tolong belikan untuk akak...harap jai tak serik..

22 January 2010

Pelita Antik


























~ n3 kali ni mengenai pelita lama...alaa sama je dgn pelita nyonya yg masih byk dijual kat kedai2 apeks tuuu...
tapi yang tu saiz kecik & new production...yang ni memang pelita lama - chimney dia dari kaca tebal, begitu juga dengan bekas minyak dia-tebal dan berat, manakala tempat sumbu dia dari tembaga, bukan dari besi nipis yang mudah herot/kemek yang disaluti warna emas tuu...tinggi pelita ni +-14"...piring besi juga besi pemegang bekas minyak - juga dari besi yang tebal dan berat...campuran aluminium kot sebab bila disental dengan kertas pasir masa buang karat-nampak la warna putih besi tu...






















~ oleh kerana rupa dia kurang menyerlah walau nampak cukup antik - akak make-upkan jugak dia bagi naik seri...tapi mcm rasa nyesal la pulak sbb dah sorok rupa asal dia..




















~ sebenarnya dah byk kali jumpa orang jual, tapi HARGA TAK PATUT bagi akak [ akak dah set budget untuk satu2 brg ]...so walau kenan macam mana sekalipun, jika rege dia mahal bg akak, akak takkan beli la...tunggu je sampai terjumpa yg 'HARGA PATUT'...kalau tak jumpa2 gak - kiranya 'tak de rezeki la tu...'

23 December 2009

Aladdin~Pelita Antik




seronok tak terkata bila ternampak je pelita buruk ni... orang yang jual tu kata dari tembaga...tak kisah la dari ape pun..belum perasan masa ni sebab nampak kusam je...nampak wayar,so ingatkan boleh pasang mentol...tapi bila tenguk dekat,takde pulak tempat letak mentol, cuma ada wayar je...tak kisah jugak, bukannya nak suh dia nyala pun...




bila bukak tempat letak sumbu dia, baru nampak macam mana rupa sebenar...rasanya asal pelita ni untuk minyak tanah tapi telah diubahsuai untuk guna letrik...tak kisah la beb....







balik rumah baru telek puas-puas...baru perasan ada macam2 tulisan kat situ...habis ku bukak segala yang boleh bukak untuk kerja2 menyental...rupanya ada nama ALADDIN,siap dengan no paten lagik ... nanti akak jejak kat cik google ya...



memang sah ada pelita dengan nama ALADDIN ni...baru akak tahu ... cantik2 semua kakak2, abang2, adik2 dia ni...tapi tetap tak nampak kelibat pelita akak ni, memang sah dah alami proses evolusi hingga dah hilang rupa asalnya...tak kisah jugak...










inilah rupanya setelah dibersihkan...cantik kan ?...ia dah cukup cantik di mata akak...walaupun takda chimney...

cantik tang RUPA...
cantik tang NAMA...
cantik tang USIA...&
cantik tang HARGAnya..
.

08 April 2009

Pelita Zaman Dulu





































~ ni lah pelita yang selalu ditemui dirumah kat kampung-kampung sebelum ada elektrik.. cuma beza di bahagian tapak dia, yang kat rumah mak, bulat gitu..mak masih menggunakan pelita ini buat teman tidurnya...walau sudah berkurun ada bekalan letrik..puas kami mintak dia jangan gunakan pelita tu, bahaya..kalau terbalik,sah akan terbakar...dah la tidur guna kelambu...akhirnya dia akur dengan nasihat anak-anaknya...

~ yang kelakarnya, pelita ini dibuat dari tin laici...bila ditanya kenapa guna tin ini - kata tauke, sebab tin ni tebal...jadi pelita ni lebih kukuh...

~> pelita yang besar ni dah dibook...

Pelita Ayam















~ pelita ayam yang ditempah kawan...hope she'll like it...

~> feedback : alhamdulillah dia suka sangat pelita ni & dia nak yg besar pulak... color purple....


04 April 2009

Pelita Antik & Pelita Baru




















~ mengumpul pelita....salah satu hobiku...rasanya pelita ni cukup unik walau sudah tidak berfungsi sebagai 'cahaya menerangi malam'...pelita datang dalam pelbagai bentuk, saiz, warna dan boleh diperbuat dari pelbagai bahan....



















~ baru pertama kali tenguk pelita bentuk ni & saiz sebesar ini...memang agak tinggi & besar...
tinggi 17" dan chimney dia je dah 10"....

~ baru je tuannya bawak keluar untuk dipamirkan, terus ku sambar tanpa lengah...














~ memang nampak sangat betapa berusia pelita ini...nanti akan dibersihkan & diberi wajah baru...




















~ ni pelita baru...yang cuma 7" tinggi...pelita ni agak berat dari yang biasa2...maybe sebab balang kaca tempat isi minyak tu agak tebal...




















~ ni pelita baru gak...

06 November 2008