Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

19 June 2011

Walimatul urus !


















cuti sekolah hari tu balik kampung...
anak buah kawin....pengantin perempuan tu...4 jun 2011...





















pada 18 jun 2011....majlis sebelah keluarga lelaki pulak....di Shah Alam....


~ selesai sudah... terdirinya sebuah masjid yang begitu berbeza walimatulurusnya dengan masjid yang terbina 26 tahun yang lepas !


"SEMUGA BERKEKALAN HINGGA 
KE AKHIRNYA.....AMIN !"

13 April 2011

Kg Pahit [2]



















~ persiapan membungkus beras sebelum dimasukkan ke dalam buluh....





































~ nasi sudah terhidang.....cuba tenguk lauk-pauknya yang cukup simple tapi amat membuka selera..... nasi bungkus masak dlm buluh + sup kijang + ikan talapia bakar cicah air asam + pucuk paku & jantung pisang celur + ikan masin goreng + acar timun nenas...
[ masa taip ni pun terasa terliur...]























~ pertama kali melihat salah satu cara memasak tradisional.....nasi dimasak dalam buluh...





















salam

ni sambungan kisah Kg Pahit ...... kunjungan kali kedua baru la akak tahu rupanya kampung ni cukup kaya dengan hasil buminya seperti getah, bijih, balak....

Ahad lepas 10hb, penduduk Kg Pahit buat pertama kalinya telah menerima kunjungan tak resmi Orang Besar Jajahan Hulu Perak yang baru je dilantik secara resmi pada 1 Feb lepas ....









 

19 February 2011

OBJ


































Salam ......

hari ni ke majlis ramah mesra bersama Orang Besar Jajahan Hulu Perak di kediaman rasminya di Grik ......

* bila dah habis makan....habis sembang2 baru teringat nak snap gambar...




07 December 2010

Awal Muharam















Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.

Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”












Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Salam awal muharam buat semua umat islam.....




10 November 2010

PHYSALIS






































N3 hari ni mengenai sejenis buah yang baru pertama kali akak cuba.....

PHYSALIS ...... cantik & unik rupanya .... dan inilah yang menarik perhatian akak untuk mencubanya....rasanya masam2 manis.... boleh makan macam tu je ... akak juga gunakan sebagai perasa dalam homemade yoghurt .....

bermacam varieti buah ni, tapi cuma jenis je yang akak pernah cuba ....

sedikit info yang dipetik dari sini

And, what is wrong with a Physalis? There are people who never tried one or even have seen such berries! Personally I refrain to use them not only because of Hiegynic reasons but also perhaps used them too much in Australia.

Physalis peruviana (commonly known as physalis, Cape gooseberry, poha berry, ground-cherry, haranksh, golden berry, uchuva, Inca berry, uvilla, or sfivalis–which also can refer to the Amazon Grape) is a species of Physalis indigenous to South America, but grows well in Africa. It is related to the tomato, potato, and other members of the nightshade family and closely related to the tomatillo (but not to the cherry, gooseberry or Chinese gooseberry, as its various names might suggest). The fruit is a small round berry, about the size of a marble, full of small seeds. It is bright yellow when ripe, and very sweet, making it ideal for baking into pies and making jam. Another recent use is in fruit salads, combined with avocado.

Its most notable feature is the single papery pod that covers each berry. Because of the fruit’s decorative appearance, it is sometimes used in restaurants as an exotic garnish for desserts. If the fruit is left inside the husks, its shelf life at room temperature is over 30-45 days.












ini pulak pokoknya..... teringat zaman kecik2 dulu ... gi sekolah jalan kaki ... selalu jumpa pokok yang seakan-akan sama dgn pokok ni ... akak panggil pokok letup2 jer ... buah dia yang masak warna kuning-orange gitu .... selalu kutip makan ... masam2- manis ... dengan biji hitam berselaput kulit ari nipis ... bukan ada isi pun .... selaput kat biji dia tu jer yang ada sedikit rasa ...

pucuk dia pulak boleh dibuat sayur air atau masak lemak, dicampur dengan sayur2 lain...

* antara kenangan di kampung zaman kanak2.....



01 October 2010

Tudung Di Akhir Zaman!

















Salam semua..... artikel ni copy-paste dari email yang diterima dari seorang teman lama yang begitu rajin ' forward' sebarang artikel yang dirasakannya boleh menambah ilmu kita semua.....renung-renungkanlah...

artikel yang asal juga boleh dibaca di blog saudara kita di link yang disertakan.....

Mari kita sama2 perbaiki diri dan amalan....

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian= Khazanah Muzium haramain Makkah



















Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...
(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen



Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
















Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)


Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..


Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?
jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.
Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...
jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...

Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan....


Berapa ramaikah di kalangan anda menyahut salam peringatan saya sejak dari awal lagi?Berapa ramaikah di kalangan anda yang menganggap negatif terhadap salam peringatan saya ini sebagai BUKAN SATU TEGURAN TETAPI SATU SINDIRAN?Berapa banyakkah antara anda yang menyebarkan SALAM PERINGATAN saya? sungguh bergembiralah malaikat yang mencatat amalan kebaikanmu dan sedihnya malaikat tatkala mencatat amalan keburukanmu…





20 February 2010

Burung2 Di laman



















ni antara burung yang selalu singgah kat rumah akak...
burung2 ni tengah berjemur bawah mentari panas terik....macam la tempat kita ni tak cukup panas...???





















kalau tak silap tekukur atau ketitir namanya...bunyi dia memang merdu...orang selalu gak bela spesis ni...
masa ni mereka bertiga beranak @ maybe satu laki dengan 2 bini dia kot....dah ready nak tidur...atas pokok avocado...tapi pokok ni dah tebang sebab masih tak berbuah walau dah 4,5 tahun usianya....memang tak sabar....





















yang ni tak tau apa namanya...merbah kot...dah banyak kali spesis ni buat sarang & bina keluarga kat atas pokok laici ni...tak sure burung yang sama atau tak...



















ni salah satu spesis yang jadi buruan gak sebab apa tak tau la...tempuling ke namanya ?....maybe sebab rupa dia yang hitam berkilat atau sebab bunyi dia yang bising...walaupun dia hitam legam tapi hitam dia cantik tau - berkilat ala2 hijau gitu....tak macam burung gagak yang hitam comot tu...

pokok betik ni memang sengaja dibiarkan untuk burung2 ni makan...dah lama niat nak tebang sebab buahnya tak sedap,lembik bila masak & tak manis...tapi sebab banyak burung2 yang datang makan setiap hari...so kami biarkan je...

selalunya burung tempuling dan merbah bergaduh time makan betik ni...punya la bising...




11 January 2010

Kempen Ribbon Khas Blogger, We Care !






















Dapat info ni dari blog mrsnor ...kisah menyedihkan mengenai en megat dan keluarganya...jika lapang, jemputla kesana untuk mengetahui kisah mereka....Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak

Seorang hamba Allah ini iaitu en hydir telah melancarkan satu usaha untuk membantu meringankan beban en megat dan keluarga...usaha itu dinamakan KEMPEN BLOGGER WE CARE ...

Ikut langkah ini:

  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  3. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010

Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya....Amin...

11 November 2009

Majlis Graduasi MRSM































































































~ salah satu tradisi MRSM ialah mengadakan majlis graduasi kepada pelajar2 tingkatan 3 dan 5 di akhir sessi persekolahan....menandakan para pelajar mereka telah berjaya menamatkan pengajian mereka di maktab masing2....

29 October 2009

Make Over Kerusi Lama

















~ ni nak cite kerusi besi terpakai atau kerusi besi buruk ....rasanya memang betul2 lama sebab catnya pun dah berlapis-lapis ... menunujukkan dia sudah dicat berulang-kali .....
ni masa mula2 beli ... nasib baik leh muat kat dalam bonet kecik myV akak ni...kalau tak muat, memang takleh rembat la....
















~ mulanya hubby memang kureng setuju bila tgk kan rupa kerusi ni...tapi akak pulak terus jatuh centa ... apalagi sebab dia memang dah warna putih yang memang SHABBY habisss.... tambah pulak regenya cukup murah ... kalau beli baru atau tempah - takkan dapat rege ni.....
















~ inilah rupa asal kerusi tu .... tang lapik kusyen dia memang tak leh terima la...satu kusyen tu cuma diletakkan tempat penyandar kerusi opis tu....

~ so akak p tempah 2 kusyen baru macam yang biru tu....
















~ ni sebahagian keje2 mengikis cat asal dia... berminggu gak la akak buat keje ni ... buat sikit2...sampai sakit2 gak tangan ... memang buruk kan ...
















~ ni kain lebih buat langsir... dah siap jahit quilt....

















~ siap jahit piping lagi ....






















~ siap jahit " skirt" sekeliling .... keje leceh gak ni sebab kerusi tu ada 4 tempat yang kena buat 'gap'...




















~ bila 'skirt' dia dibukak...
















~ tarrraaa ..... kerusi dah siap pakai skirt dia......
















~ buat masa ni , akak letak kat luar rumah je sebab kami memang suka santai kat ruang ni time petang2....

~ sayangnya tak de meja bulat kecik untuk letak antara 2 kerusi tu....


~ Assalamualaikum adik2 semua....rasanya dah lama betul akak tak update blog ni...
sejak RZ Canopy beroperasi....memang akak sibuk betul ....tak menang tangan ... hari2 biasa akak kena buat kerje-kerje menjahit pelbagai kelengkapan - scallop untuk khemah, alas meja pelbagai size & warna, skirting meja, sarung kerusi....weekend je,sibuk la ke majlis2 kat mana khemah2 dipasang....tambah2 dah nak cuti sekolah ni...

akak ni tukang jahit amatur je...yg tak pernah belajar kat mana2 pun ... tapi bila dikira tolak-campur .... maka terlalu amat jimat jika dijahit sendiri ... nak tak nak ... akak pun pandai2 la jahit sendiri ...

maka lepas ni rasanya akak maybe tak sempat nak update blog dan maybe jugak tak sempat nak bertandang ke rumah adik2 bertegur-sapa ... terlalu banyak persiapan yang akak kena siapkan ... harap maaf jika akak lama berdiam diri ...