15 March 2010

Laptop Cover



























salam semua....


kali ni akak nak share hasil tangan akak yang tak seberapa....
akak selalu jumpa cover laptop jenis sarung/envelope type gitu...akak tak mau jenis ni...akak suka cuba buat yang orang lain belum buat...ataupun orang lain dah buat, tapi akak still tak jumpa kat tenet...

jika u all perasan ... kain corak ni pernah ditawarkan untuk satu giveaway kan ....

memang betul ... ni adalah satu daripada 2 corak kain yang ditawarkan untuk giveaway oleh gobokadikmanis
dan rezeki akak kerana telah menang giveaway tu .... demi memenuhi permintaan adikmanis ... inilah n3 hasil daripada kain tu.....























kain ni agak mencabar kesabaran akak kerana selalunya akak guna kain cotton je untuk buat kraf jahit-menjahit ni....kain ni amat senang berbulu....agak susah nak handle bagi akak yang amatur ni...

kat atas tu ... dah siap 3 layers dengan batting ...yg berenda tu asalnya nak buat poket kat bhg dalam cover tu .... terhenti seketika sebab dok pikir2kan macam mana nak jahitkan ke cover tu ... rest utk sehari-dua....
penat perah otak ....




















tarraa dah siaaaap ....nampak kan tak smooth jahitan tu ...susah rupanya handle kain selain cotton ni...agak licin dan suka
'lari2' .... ni belum isi laptop ....







































ni dah isi laptop ... baru nampak kembong .... " masyaAllah sendatnya baju kau " sib baik boleh zip lagi .... harap2 tak terburai jahitan tu .....




















tadi kata nak jahit poket kat bhg dalam cover tu ??? mananya .... takde pun ... he...he...

dah penat pikir2 ... tak jumpa gak jalannya ... poket ni akak buatkan kecik sikit dari saiz cover ni ... kalau jahitkan ke cover tu, akan nampak la jahitan tu kat bahagian luar cover tu ... mana boleh - tak cun la !!! nak buat sama saiz dengan cover tak boleh sebab jadi tebal sangat untuk mesin jahitku handle ... 4 lapis maaa ....
so keputusannya - takyah buat poket ... lagipun ini cuma sarung sebelum dimasukkan kedalam beg asal dia .... beg dia kan dah banyak poket .... yang ni sebagai pelindung, taknak bagi calar2.....


poket tu akak ubah-suai jadikan tangkai beg .... asalnya tak plan buat tangkai ....














inilah kain asal tuuuu.....

harap adikmanis berpuas hati dengan hasil tangan akak yang memang tak cun ni.....

kain lagi satu tu ... belum tahu nak buat apa sebab ia bertema baby / kanak2 ...



2 comments:

umi_e said...

Salam... wahhhhhhhhhh creative sungguh!

Anonymous said...

salam kak ani..
cun la tu kak...untung kak ani pandai jait tak payah susah hantar kat org..